MALAYSIA
Dua sungai utama di Kelantan melepasi tahap waspada - JPS
Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada hasil pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada setakat pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 12.45 tengah hari ini.
Ringkasan AI
Menurut laman web rasmi Public Infobanjir JPS, memaklumkan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang mencatatkan bacaan 58.11 meter, melebihi tahap waspada 56 meter sebanyak 2.11 meter, namun menunjukkan trend menurun.
Berikutan itu, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai merekodkan paras 31.08 meter, melebihi tahap waspada 30 meter sebanyak 1.08 meter.
Tinjauan Bernama di Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang mendapati paras air sungai berkenaan menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada.
Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini (26 Nov).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang mencatatkan bacaan 58.11 meter, melebihi tahap waspada sebanyak 2.11 meter, namun menunjukkan trend menurun.
- Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai pula mencatatkan paras 31.08 meter, melebihi tahap waspada sebanyak 1.08 meter.
- Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan, dengan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu dikeluarkan oleh MetMalaysia hingga Rabu ini.