Dua lelaki yang memandu dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan membawa kepada penemuan 100kg daun ketum serta 144 botol ubat batuk di Kampung Simpang Empat Kundur, Gua Musang, Kelantan, Sabtu lalu.
Suspek berusia 17 dan 26 tahun yang merupakan penduduk tempatan itu dipercayai membawa daun ketum dalam 10 plastik sampah berwarna hitam yang diambil dari negeri utara untuk diproses dan dijual kepada penagih di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, anggota narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menyerbu ke arah kedua-dua kereta pada pukul 4.20 petang semasa suspek berhenti di tepi jalan di kampung berkenaan.
Katanya, pada mulanya, siasatan ke atas salah satu kereta menemui lima plastik hitam mengandungi 50kg daun ketum san 72 botol kecil cecair berwarna hitam dipercayai ubat batuk.
Selepas itu, pemeriksaan ke atas sebuah lagi kereta turut menemui jumlah dan barangan yang sama.
Mohd Taufik berkata, ekoran daripada penangkapan tersebut, anggotanya telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah rumah kosong di kampung sama dan berjaya menangkap seorang lagi lelaki.
"Ekoran daripada penangkapan tersebut, pemeriksaan telah dijalankan ke atas sebuah rumah tanpa nombor di Simpang Empat Kundur dan telah merampas 1,269 botol ubat batuk di dalam rumah tersebut. Juga ditangkap, seorang lelaki yang berada dalam rumah itu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar ubat batuk dan daun ketum," katanya.
Ketiga-tiga lelaki yang masih ditahan reman itu akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Mohd Taufik berkata, pihaknya akan mempertingkatkan pemeriksaan dan serbuan di seluruh daerah ini.
Tambahnya, sepanjang tahun ini sahaja pihaknya sudah berjaya menahan 1,219 penagih dan pengedar dadah di sekitar daerah ini dan angka ini dianggap paling ramai berbanding tahun-tahun lepas.
Muhafandi Muhamad
Wed Dec 26 2018
Aminuddin (dua, kanan) menunjukkan daun ketum dan ubat batuk yang dirampas pada sidang media hari ini. - BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.