MALAYSIA
Dua suspek kes pecah rumah, curi kenderaan di Bangi diberkas dalam tempoh 14 jam
Polis berjaya merampas buah kenderaan milik mangsa bersama satu beg tangan disahkan milik isteri beliau yang mengandungi beberapa dokumen peribadi.
KAJANG: Dalam tempoh 14 jam, dua lelaki yang dipercayai terlibat kes pecah rumah dan melarikan kenderaan di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di sini berjaya diberkas pada Isnin.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek warga tempatan berusia 29 dan 32 tahun ditahan sekitar jam 6 petang sehingga kira-kira jam 8.30 malam oleh sepasukan polis dari Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.
Menurutnya, polis berjaya merampas buah kenderaan milik mangsa bersama satu beg tangan disahkan milik isteri beliau yang mengandungi beberapa dokumen peribadi.
"Turut ditemui dalam beg tangan itu antaranya ialah seutas jam tangan, seutas rantai emas, dua unit telefon bimbit dan satu dompet duit.
"Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek yang positif dadah itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan 13 kes jenayah dan sembilan kes dadah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kedua-dua suspek telah direman tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tambahnya, penahanan suspek dibuat dalam tempoh 14 jam selepas laporan dibuat mangsa kira-kira jam 7.45 pagi hari sama.
"Mangsa merupakan pesara universiti awam berusia 62 tahun telah memaklumkan kediamannya dimasuki suspek ketika beliau dan isteri sedang tidur.
"Suspek telah melarikan dua kenderaan jenis Mercedes Benz dan Perodua Kelisa yang berada di dalam kawasan parkir rumah selain satu beg tangan mengandungi dokumen peribadi," ujarnya.
Jelasnya, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini bolehlah berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Sharulhasram Ramli di talian 017-2530380 bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Dua lelaki tempatan berusia 29 dan 32 tahun diberkas dalam tempoh 14 jam selepas kes pecah rumah dan curi kenderaan di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dilaporkan.
- Polis merampas semula dua kenderaan, beg tangan milik isteri mangsa serta barang berharga lain; suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.
- Kedua-dua suspek direman tiga hari untuk siasatan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya.