awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
KPKM laksana kajian khusus nilai struktur beras negara lindungi pesawah, pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek kes serangan asid boleh dipanggil semula untuk siasatan - Polis

Bernama
Bernama
01/06/2025
07:30 MYT
Dua suspek kes serangan asid boleh dipanggil semula untuk siasatan - Polis
Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan seorang lagi suspek dan menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Kimia serta Makmal Forensik mengenai cecair yang digunakan.
KOTA BHARU: Dua individu dipercayai terlibat dalam kes serangan asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok pada 17 Mei lepas boleh dipanggil semula untuk membantu siasatan sekiranya diperlukan.

Ringkasan AI
  • Dua individu yang sebelum ini ditahan berkaitan kes serangan asid terhadap seorang pemilik spa di Bachok telah dibebaskan dengan jaminan polis, namun boleh dipanggil semula jika diperlukan.
  • Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan seorang lagi suspek dan menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Kimia serta Makmal Forensik mengenai cecair yang digunakan.
  • Mangsa wanita mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan kini dirawat dalam keadaan stabil di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital USM Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata wanita berusia 38 tahun dan lelaki berumur 45 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 28 Mei lepas.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai masih berada di negeri ini.
"Polis juga belum menerima laporan lengkap daripada Jabatan Kimia dan Makmal Forensik berkaitan cecair dipercayai asid yang digunakan dalam serangan itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 17 Mei lepas, seorang peniaga wanita disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali ketika berada berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang.
Mangsa yang melecur pada bahu, belakang badan, lengan serta kaki kini dalam keadaan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan asid
#pemilik spa di Bachok
#Jabatan Kimia
#Makmal Forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan