GADGETS
Dua taman tema Netflix House dibuka di AS

Netflix akan membuka dua taman tema fizikal bernama Netflix House di Philadelphia dan Dallas, menampilkan pengalaman interaktif berdasarkan siri popular seperti Squid Game, Stranger Things, dan ONE PIECE. -Amanz
SELEPAS mendominasi dunia penstriman video berbayar, Netflix kini bersedia memasuki pula dunia taman tema fizikal menerusi pembukaan dua Netflix House di Philadelphia dan Dallas.
Ringkasan AI
- Netflix akan membuka dua taman tema fizikal bernama Netflix House di Philadelphia dan Dallas, menampilkan pengalaman interaktif berdasarkan siri popular seperti Squid Game, Stranger Things, dan ONE PIECE.
- Pengunjung boleh mencuba permainan seperti Red Light, Green Light, menonton kandungan di TUDUM Theater, dan menikmati pengalaman realiti maya melalui Sandbox VR.
- Masuk adalah percuma tetapi beberapa aktiviti memerlukan tiket berbayar; Netflix House Philadelphia dibuka 12 November dan Dallas pada 11 Disember, manakala lokasi ketiga di Las Vegas dijadualkan dibuka pada 2027.
Pengunjung juga boleh pergi ke TUDUM Theater yang menawarkan tontonan filem dan siri Netflix pada skrin panggung wayang yang lebih besar berbanding di rumah.
Terdapat juga arked permainan video realiti mata yang membolehkan pengunjung menyelami dunia Stranger Things, Squid Game, dan Rebel Moon dengan ia ditawarkan oleh Sandbox VR.
Masuk adalah percuma tetapi untuk beberapa pengalaman dan ruang tema bayaran untuk tiket akan dikenakan.
Pada waktu ini laman menunjukkan minat telah dibuka tetapi harga tiket belum diumumkan.
Netflix House Philadelphia akan dibuka bermula 12 November manakala Netflix House Dallas pada 11 Disember.
Netflix House yang ketiga pula akan dibuka pula di Las Vegas pada tahun 2027. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami