awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua unit kondo jadi lokasi aktiviti judi dalam talian

Sinar Harian
Sinar Harian
10/01/2022
22:04 MYT
Dua unit kondo jadi lokasi aktiviti judi dalam talian
Antara peralatan yang dirampas dalam serbuan yang dijalankan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Aktiviti mencurigakan di dua unit kondominium di Jalan Ampang di sini terungkai selepas polis melakukan serbuan pada malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 8.30 malam itu mendapati premis berkenaan menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan turut menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud yang menyasarkan pelanggan dari luar negara.
"Serbuan turut menahan 12 individu terdiri daripada dua wanita warga tempatan, tujuh lelaki dan tiga wanita warga asing berumur antara 23 hingga 38 tahun," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, polis turut merampas pelbagai barangan dan peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian terbabit.
"Antara yang dirampas ialah 32 unit telefon bimbit pelbagai jenama, empat komputer riba, satu set modem dan pelbagai lagi peralatan lain," katanya.
Noor Dellhan memberitahu, siasatan dijalankan turut mendapati premis berkenaan beroperasi sejak sebulan lalu dengan sewa sebanyak RM5,000 sebulan," katanya.
Menurutnya, kesemua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Akta Sama.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan seterusnya dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.
Serbuan disertai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#kondo
#serbuan
#penipuan pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan