Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu dipercayai wanita menconteng mural gergasi memaparkan imej pemimpin negara di Seksyen U12, Shah Alam, menjadi viral sejak tengah hari Isnin.
Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.
Mereka dipercayai menconteng kata-kata kesat terhadap gambar pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong sebelum beredar.
BACA: Mural papar potret pemimpin negara diconteng perkataan kesat
BACA: Sultan Selangor anggap tindakan conteng mural pemimpin negara bermotif politik kebencian
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk memburu individu yang bertanggungjawab.
"Laporan polis dibuat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11.53 pagi di Balai Polis Seksyen 6 dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 / 427 Kanun Keseksaan.
"Pihak MBSA juga bertindak membersih dan mengecat semula dinding berkenaan," katanya.
Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkan kepada Asisten Superintendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran.
Afiezy Azaman
Mon Jul 20 2020

Rakaman CCTV memaparkan imej dua individu terbabit tular di media sosial. Gambar/ media sosial

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Polis siar imej suspek kes tembakan Tahun Baharu Cina
Penembak yang masih bebas 12 jam selepas serangan dipercayai seorang lelaki berketurunan Asia berusia antara 30 dan 50 tahun.

Aksi tak senonoh dalam surau: Adik-beradik hanya bergurau - Polis
Dua-beradik berusia 14 dan 21 tahun yang menetap di Seremban itu dikesan Polis Daerah Kuala Langat pada Sabtu.

Polis kesan dua lelaki buat aksi tak senonoh dalam surau
Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Rakaman kejadian menerusi CCTV dipadamkan - Laporan
Rakaman yang dipadamkan adalah selepas perlawanan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya pada 1 Oktober lepas.

Pecah masuk sekolah, 5 remaja ditangkap
Rakaman CCTV mendapati kelima-lima remaja lelaki itu terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut.

Lelaki ditahan selepas pukul bapa dengan kayu
Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas bertindak kejam membelasah bapanya dengan sebatang kayu tanpa belas kasihan.

Suspek 'kantoi' curi coklat, pekerja kedai pula kena minta maaf
Pekerja kedai Alfamart itu dilihat membaca permohonan maaf sambil diperhatikan suspek bersama peguamnya.

Polis buru dua suspek terlibat kes curi di Kota Kinabalu
Polis Kota Kinabalu giat mengesan dua suspek yang terlibat dengan tiga kes kecurian berasingan di beberapa kawasan.

CCTV rakam lelaki curi durian di Singapura
Perbuatan lelaki itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan disiarkan di akaun milik Ho Jiak Durian and Fruits di Facebook.

Pelajar dipeluk lelaki bogel ketika jalan sendirian
Seorang pelajar perempuan mengalami detik cemas apabila dipeluk lelaki bogel ketika berjalan sendirian di Jalan Batu Hijau di Kampar.