awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita maut, kereta bertembung lori

Azee Shafy
Azee Shafy
03/04/2023
04:00 MYT
Dua wanita maut, kereta bertembung lori
Lori treler dipercayai telah bertembung dengan kereta itu sehingga menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto PDRM
ROMPIN: Dua wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Rompin Lama, di sini, pada Isnin.
Kedua-dua mangsa yang merupakan petugas Jabatan Perangkaan Malaysia meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.46 pagi, dan seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi bergegas ke lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah lori treler dan sebuh kereta Perodua Myvi yang dinaiki kedua-dua wanita terbabit.
"Lori treler dipercayai telah bertembung dengan kereta itu sehingga menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Bagaimanapun, pemandu lori selamat.
Zulfadli memberitahu, pasukan Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#Dua wanita maut
#kereta bertembung lori
#Nahas
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan