MALAYSIA
  
            Dua wanita menyamar wakil bekas persatuan polis kutip wang ditahan
Polis menerima laporan daripada seorang peniaga besi buruk tempatan kira-kira pukul 5.54 petang Isnin, selepas didatangi dua individu yang memintanya menyumbang RM1,000 kepada persatuan berkenaan. - Gambar hiasan
            
      KUALA  LUMPUR : Polis menahan dua wanita tempatan yang dipercayai menyamar sebagai wakil persatuan bekas polis untuk meminta sumbangan daripada orang awam dalam kejadian di sekitar Bukit 39, Jalan Kuala Lumpur menghala ke Tanjung Malim, Isnin.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga besi buruk tempatan kira-kira pukul 5.54 petang, selepas didatangi dua individu yang memintanya menyumbang RM1,000 kepada persatuan berkenaan.
"Berdasarkan maklumat mangsa, polis memberkas dua suspek pada hari sama,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.
Menurut Ibrahim, hasil pemeriksaan polis turut merampas beberapa barangan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi, serangkai kunci kenderaan, enam buku resit berwarna coklat, 15 keping dokumen serta sembilan fail bertajuk Persatuan Kebajikan Harapan Insan Miskin, selain wang tunai RM550 dan dua utas rantai perak.
Katanya, kedua-dua suspek berusia 23 dan 37 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah atau dadah, malah ujian air kencing mendapati mereka negatif.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pagi tadi (Selasa) untuk permohonan reman," katanya lagi.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(3) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Di Jalan 1947 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ibrahim berkata, penahanan itu sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang berlaku sebelum ini di sekitar Hulu Selangor dan pihaknya yakin ia dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usaha polis membanteras jenayah penipuan.
              
  Ringkasan AI
- Polis menahan dua wanita yang menyamar sebagai wakil persatuan bekas polis dan meminta sumbangan daripada orang awam di Bukit 39, Jalan Kuala Lumpur.
 - Suspek berusia 23 dan 37 tahun tidak mempunyai rekod jenayah atau dadah; ujian air kencing menunjukkan negatif.
 - Hasil siasatan polis merampas barangan termasuk kereta, dokumen, dan wang tunai; kes disiasat mengikut undang-undang berkaitan penipuan.