awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita pengsan akibat terperangkap dalam lif

Bernama
Bernama
24/08/2017
03:17 MYT
Dua wanita pengsan akibat terperangkap dalam lif
Ketika kejadian, difahamkan kesemua mangsa keluar dari kediaman masing-masing untuk ke tempat kerja. - Gambar hiasan
Dua wanita pengsan selepas terperangkap di dalam lif hampir setengah jam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Muhibbah, Klang dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor Alumaddia Bukri dalam satu kenyataan berkata kejadian kira-kira pukul 6.32 pagi itu turut membabitkan 10 lagi penduduk.
"Kejadian berlaku di tingkat empat pangsapuri itu apabila lif yang dinaiki 12 penduduk pangsapuri tersangkut dan menyebabkan mereka terperangkap hampir setengah jam.
"Susulan itu juga menyebabkan dua daripada mereka pengsan akibat sesak nafas...namun ketika operasi menyelamat selesai seorang daripada mangsa telah pun sedarkan diri," katanya hari ini.
Alumaddia berkata ketika kejadian, difahamkan kesemua mangsa keluar dari kediaman masing-masing untuk ke tempat kerja.
Tambahnya, kesemua mangsa kemungkinan terperangkap disebabkan melebihi had muatan bagi penggunaan lif tersebut.
"Kita mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas Crowbar yang digunakan untuk mengumpil pintu lif itu...seorang mangsa wanita yang masih pengsan kita telah hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#lif
#mangsa
#operasi
#pengsan
#terperangkap
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan