awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita rugi lebih RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
03/08/2023
05:30 MYT
Dua wanita rugi lebih RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Polis menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dan menyemak pendaftaran syarikat terbabit dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Dua wanita mendakwa kerugian lebih RM1 juta selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan tinggi oleh sebuah syarikat pelaburan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan dua hari lepas daripada wanita berusia 44 tahun yang mendakwa melihat satu akaun TikTok menawarkan pelaburan emas pada Mac lepas.
"Mangsa yang berminat kemudian menghantar pesanan mesej kepada penama akaun berkenaan dan dimaklumkan pelaburan itu menawarkan pulangan lumayan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum membuat 27 transaksi ke dalam satu akaun bank keseluruhan berjumlah RM621,800.
"Mangsa mendakwa mendapat keuntungan sebanyak RM20,000 sahaja dan tidak mendapat apa-apa keuntungan selepas itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata mangsa kedua pula membabitkan warga emas berusia 63 tahun yang telah diperkenalkan oleh saudaranya mengenai satu syarikat pelaburan beralamat di Kuala Lumpur pada Jun 2020.
Menurutnya, mangsa dijanjikan keuntungan antara 15 ke 17 peratus selama tiga tahun menyebabkan wanita terbabit membayar keseluruhan berjumlah RM500,000 selama enam bulan sejak 3 Julai 2020.
"Mangsa mendakwa pernah menerima keuntungan sebanyak RM6,250. Dia tidak lagi menerima keuntungan yang dijanjikan oleh syarikat berkenaan selepas itu dan mendapati syarikat tersebut telah ditutup," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dan menyemak pendaftaran syarikat terbabit dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#pelaburan tidak wujud
#pelaburan emas
#mangsa penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan