MALAYSIA
Dua wanita sesat mendaki hutan Bukit Bendera ditemukan selamat
Mangsa yang berusia 27 dan 31 tahun ditemukan selepas menghantar lokasi mereka melalui WhatsApp. - Gambar/ JBPM
GEORGE TOWN: Bomba menyelamatkan dua wanita yang gagal mencari laluan turun semasa mendaki di kawasan hutan di Bukit Bendera, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.10 tengah hari.
"Mangsa yang berusia 27 dan 31 tahun ditemukan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui WhatsApp, membolehkan bomba menjalankan operasi berdasarkan maklumat itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa dibawa turun dalam keadaan selamat.
Operasi melibatkan tujuh anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong tamat pada 1.26 tengah hari.
-- BERNAMA