awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga asing ditahan seludup rokok, cuba sogok polis

Bernama
Bernama
22/04/2020
04:18 MYT
Dua warga asing ditahan seludup rokok, cuba sogok polis
Hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa kotak rokok disyaki barang seludup dan mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen pembelian bercukai. Gambar fail.
Dua lelaki warga asing ditahan kerana menyeludup rokok serta cuba menyogok pegawai polis bagi mengelak ditahan ketika operasi di Jalan Ulu Putatan, dekat sini, semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan, berkata dalam rondaan kira-kira jam 3.30 petang itu, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat dua lelaki warga Pakistan berada di dalam kereta berkenaan dan suspek gagal menyatakan tujuan pergerakan mereka ketika tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa kotak rokok disyaki barang seludup dan mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen pembelian bercukai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan suspek juga cuba menyogok sebanyak RM7,000 agar dilepaskan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, malam tadi.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek berusia 29 dan 35 tahun Itu berperanan sebagai penjaga kedai dan juga penghantar serta mengedarkan rokok disyaki seludup ke kedai di sekitar kawasan Putatan.
"Turut dirampas wang tunai RM37,409 dan kereta dinaiki suspek. Jumlah keseluruhan rampas bernilai RM109,409," tambahnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kedua-dua suspek akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#operasi
#Pakistan
#Penampang
#polis
#roko
#seludup
#siasatan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan