awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands

Bernama
Bernama
29/06/2024
04:56 MYT
Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands
Kiri: Keadaan bas persiaran yang terbalik di Kilometer 16.5, Jalan Genting Highlands, Bentong. Kanan: Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands kira-kira 11 pagi tadi.
Pengarah Bomba Pahang Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata dua lelaki itu maut akibat mengalami kecederaan di kepala.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Bentong, Pahang," katanya ketika dihubungi.
Wan Mohamad Zaidi berkata bas berkenaan membawa 21 penumpang terdiri daripada 18 penumpang warga China manakala pemandu bas dan dua pemandu pelancong adalah warga tempatan.
Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat memaparkan situasi kemalangan bas persiaran itu dengan kelihatan beberapa anggota keselamatan telah berada di lokasi kejadian.
#kltu (29/06/24 | 12.00pm) JALAN GENTING SEMPAH-GENTING HIGHLANDS: Sesak bermula susur naik dari LEBUHRAYA KL-KARAK disebabkan terdapat bas persiaran terbalik kira-kira 500m selepas Pondok Pengawal Polis Genting. Orang awam pic.twitter.com/Tbm5V68g2s
— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) June 29, 2024
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#warga China maut
#bas persiaran terbalik
#bas persiaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan