NATIONAL
Dua warga China maut, enam cedera dalam kemalangan di LPT
Dua warga China maut, manakala seorang lagi rakyat negara itu serta lima sekeluarga tempatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 234.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan, pada Jumaat.
KUANTAN: Dua warga China maut, manakala seorang lagi rakyat negara itu serta lima sekeluarga tempatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 234.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan, pada Jumaat.
Kemalangan kira-kira jam 2 petang itu membabitkan sebuah Mercedes Benz dinaiki tiga warga China dan sebuah Nissan X-Trail yang dipandu wanita tempatan bersama keluarganya.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati Nissan X-Trail dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbabas ke lorong kiri.
"Sebuah Mercedes Benz yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, dua penumpang Mercedes Benz dikenali sebagai Zhengtai dan Chunhua disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandunya, Zhu Lin Shun cedera di tangan kanan dan mengalami luka-luka.
Pemandu Nissan X-Trail, Noor Amirah Mohd Salleh, 30, pula cedera di bahagian pinggul dan dirawat di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
"Empat lagi penumpang dalam Nissan X-Trail, termasuk seorang kanak-kanak, turut cedera dan dirawat di hospital sama. Dua daripadanya ditempatkan di Zon Merah, manakala dua lagi di Zon Kuning," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA