MALAYSIA
Dua warga China maut, pemandu warga tempatan cedera, nahas kereta di Lebuhraya PLUS
Ketua Operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Gambar ihsan JBPM Perak
IPOH: Dua warganegara China maut manakala pemandu warga tempatan cedera dalam kemalangan sebuah kereta di Kilometer 316.9 L Lebuhraya Utara Selatan, arah utara berhampiran Tapah, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas itu pada 8.53 malam.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki tiga lelaki yang dipercayai melanggar belakang sebuah lori.
Bagaimanapun, katanya, lori berkenaan tiada lagi di lokasi kemalangan.
“Ketua Operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Pemandu warga Malaysia yang berumur 56 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM). .
“Seorang lelaki dewasa warganegara China (umur tidak dapat dikenal pasti) yang berada di bahagian penumpang hadapan dan seorang lagi lelaki dewasa juga warganegara China berumur 41 tahun yang berada di bahagian penumpang belakang didapati telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.