awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga emas maut nahas bas ekspres, dua kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/07/2023
01:45 MYT
Dua warga emas maut nahas bas ekspres, dua kereta
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam nahas di Taman Nesa, Sitiawan awal pagi tadi. - Foto JBPM Perak
BERUAS: Dua warga emas maut dalam nahas sebuah bas ekspres dan dua buah kereta di Taman Nesa, Sitiawan, dekat sini, pagi ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Yeong Tua Kong, 79, dan Yong Mooi Mooi, 68, tersepit di dalam kereta yang dinaiki dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mereka menerima panggilan mengenai kemalanhan itu pada jam 6.15 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres, sebuah kereta jenis Proton Perdana dan sebuah kereta jenis Proton Saga.
“Terdapat dua orang mangsa tersepit di dalam kereta Proton Persona dan disahkan maut di lokasi oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, pemandu kereta Proton Saga, pemandu bas ekspres serta 12 penumpang terselamat.
Katanya, anggota bomba memggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azmi Mohd Yusuf tamat jam 7.33 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#warga emas
#bas ekspres
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan