SEREMBAN: Mayat dua lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dua hari lepas ditemukan di perairan berkenaan, pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata mayat pertama dijumpai nelayan tempatan di kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Tanjung Tuan pada 8.20 pagi.
"Sementara itu, sejam lebih kemudian, mayat kedua ditemukan anggota (operasi pencarian) tidak jauh dari lokasi mayat pertama, kedua-dua mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dua hari lepas, kedua-dua mangsa yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan bekerja di daerah ini, disyaki lemas ketika mandi di laut kira-kira 20 meter dari pantai Telok Kemang sekitar 1.30 petang.
Haris Fadzillah berkata operasi pencarian sejak Sabtu lepas itu melibatkan hampir 50 anggota APMM, polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merangkumi kawasan seluas lebih 20 batu nautika daripada pantai.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya menangguhkan aktiviti di pantai ketika cuaca buruk bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Operasi pencarian sejak Sabtu lepas itu melibatkan hampir 50 anggota APMM, polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merangkumi kawasan seluas lebih 20 batu nautika daripada pantai. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Hotel bertanggungjawab atas kematian warga China di kolam renang - Mahkamah Rayuan
Ibu bapa mangsa telah mengemukakan saman terhadap hotel berkenaan dengan menuntut ganti rugi atas kematian anak mereka.
Identiti mangsa lemas Pandan Lake View dikenal pasti
Wanita itu merupakan warga tempatan berusia 53 tahun.
Bekas guru taska kekal pengakuan tidak bersalah abai kanak-kanak hingga mati lemas
Seorang bekas guru sebuah taska dihadapkan semula di mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya sehingga menyebabkan mangsa mati lemas, April tahun le
Jumlah mangsa banjir catat sedikit penurunan tengah hari ini - Nadma
Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 13,529 orang yang ditempatkan di 38 PPS di empat daerah.
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Perak terus meningkat pagi ini
Portal publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang ketika ini berada di tahap bahaya dengan bacaan 4.29 meter setakat 8.30 pagi.
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang daripada 89 keluarga malam ini, berbanding 156 orang daripada 45 keluarga pagi tadi.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Kegembiraan empat rakan mandi-manda diragut tragedi lemas
Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah bergegas ke lokasi kejadian.
Subsidi minyak masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan - Fuziah
Langkah itu bagi memastikan golongan yang sememangnya layak menikmati subsidi menerima manfaat tersebut.