awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua-beradik, remaja bawah umur antara 11 didakwa jadi 'scammer'

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/06/2023
05:53 MYT
Dua-beradik, remaja bawah umur antara 11 didakwa jadi 'scammer'
Kesemua tertuduh didakwa atas tujuh pertuduhan yang membabitkan kerugian sebanyak RM45,534.74, sejak April lalu. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Sebelas individu termasuk dua beradik dan remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menipu tujuh individu yang membabitkan kerugian sebanyak RM45,534.74, sejak April lalu.
Tertuduh ialah Muhammad Ikmal Rizal Hamdan, 22; dan adiknya Muhamad Haiqal Hamdan, 19; Yap Soon Lin, 23; Muhamad Faizal Abdullah, 22; Sharifah Nur Natasha Syed Mohd Hata, 21; Yap Zhen Xiang, Teong Wai Keat dan Goh Chun Rong, 19; Lee Yih Hong, 18; dan dua remaja bawah umur berusia 17 tahun.
Kesemua tertuduh yang didakwa atas tujuh pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nabilah Nizam.
Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan memperdayakan tujuh individu sehingga mangsa menyerahkan wang bernilai keseluruhan RM45,534.74.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Cheng Perdana dalam daerah Melaka Tengah sejak 11 April sehingga 20 Mei lalu.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120(b)(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Joel Chua bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan kepada setiap anak guamnya.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM26,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 31 Julai depan sebagai sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#scammer
#dituduh menipu
#remaja bawah umur
#ayer keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan