GEORGE TOWN: Memegang status orang kurang upaya (OKU) bukanlah mudah bagi anak muda dari Jelutong ini.
Muhammad Rodhi Mustar, 29, mengakui dia hampir putus asa apabila kakinya terpaksa dipotong selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 10 tahun lepas.
Namun, selepas berfikir panjang dia akhirnya bangkit mengusahakan bengkel membaiki motosikal sendiri untuk kelangsungan hidupnya.
Meskipun tidak sempurna seperti insan lain, Muhamad Rodhi mahu membuktikan OKU sepertinya juga boleh berjaya menjana pendapatan sendiri.
Bekas pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang itu berkata, dengan bermodalkan RM500, dia membuka bengkel membaiki motosikal di rumah sekitar tahun 2015.
Berkat kerja kerasnya, Muhammad Rodhi akhirnya berjaya membuka bengkel motosikal sendiri dinamakan Rody Motorworks di Jelutong, di sini.
“Saya bangkit daripada kejadian (kemalangan) dengan semangat yang kuat, kita tak boleh mengharap pada orang, semua benda kita kena buat sendiri, kita (kena) bangun… kita punya semangat,” katanya.
Menjadi tabiat Muhammad Rodhi, dia enggan menyusahkan orang lain, sebaliknya berazam untuk berjaya dalam kehidupan atas keringat sendiri.
Selepas empat tahun memiliki bengkel sendiri, Muhammad Rodhi mula merancang mengambil pekerja untuk membuka cawangan Rody Motorworks di beberapa lokasi pada masa akan datang.
Kejayaan dan kegigihan usahawan dari Kolej Komuniti Kepala Batas, di Pulau Pinang ini diharap menjadi sumber inspirasi kepada penuntut kolej.
Astro Awani
Wed Jun 09 2021
Muhammad Rodhi Mustar yang kehilangan kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan 10 tahun lalu menjadi inspirasi kerana status sebagai OKU tidak menghalangnya untuk mengusahakan bengkel sendiri. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dugaan kaki dipotong tidak halang mekanik OKU miliki bengkel sendiri
Sepuluh tahun lalu, Muhammad Rodhi putus kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan, hari ini dia boleh berbangga kerana berjaya mengusahakan bengkel sendiri.