awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duit beli tanah lesap, Pas Perak buat laporan polis

Bernama
Bernama
10/06/2021
08:41 MYT
Duit beli tanah lesap, Pas Perak  buat laporan polis
Razman berkata, Pas Perak juga telah berulang kali menghantar surat menuntut peguam berkenaan mengembalikan wang tersebut namun tidak diendahkan. - Gambar fail
BAGAN SERAI: Pas Perak hari ini membuat laporan polis terhadap seorang peguam yang didakwa melarikan wang parti yang sepatutnya digunakan untuk pembelian sebidang tanah di Sri Iskandar.
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata laporan polis itu juga bertujuan meminta peguam berkenaan memulangkan semula wang berjumlah RM238,625 yang diamanahkan oleh Pas Perak untuk pembelian tanah seluas empat hektar itu.
"Urusan pembelian tanah itu sejak 2017 namun hingga tahun ini masih tidak selesai. Pas mengambil tindakan menguruskan sendiri pembelian tanah tersebut sehingga menjadi hak milik," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis itu di sini.
Menurutnya Pas Perak juga telah berulang kali menghantar surat menuntut peguam berkenaan mengembalikan wang tersebut namun tidak diendahkan, menyebabkan pihak parti bercadang mengambil tindakan undang-undang.
Tanah yang dibeli itu akan dijadikan Kompleks Tarbiah Pas Perak serta beberapa lagi pembangunan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pas Perak
#laporan polis
#duit beli tanah lesap
#sri iskandar
#Razman Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan