ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.
Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat berkata pindaan enakmen itu melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau denda RM1,000 sebelum ini.
"Kalau nak kahwin juga ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan walaupun dia umur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah, kalau tanpa kebenaran mahkamah kena denda," katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN itu di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Dalam pada itu, Juhari berkata beliau menolak usul tergempar berkaitan isu banjir dan fenomena kepala air di Baling dan Yan yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh daripada Amanah hari ini atas faktor tidak mengikut peraturan Dewan.
Beliau berkata notis berkaitan usul itu diberikan dalam tempoh yang terlalu singkat iaitu semalam sekali gus tidak mengikut peraturan tempoh 14 hari bagi usul biasa manakala usul tergempar dan penting memerlukan masa tujuh hari ataupun sehari dengan kebenaran Menteri Besar Kedah.
"Jadi tidak bolehlah kita nak buat usul persendirian itu memerlukan tempoh seperti yang saya sebutkan tadi tetapi kalau mahu bekerjasama dengan pejabat Menteri Besar bolehlah dikemukakan usul tergempar dalam tempoh 24 jam," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sekiranya pihak pembangkang beranggapan usul itu penting untuk dibincangkan di dalam Dewan dengan segera mereka boleh tampil bertemunya dengan memberikan alasan munasabah untuk Menteri Besar memberi sokongan berbuat demikian.
"Jelas usul yang nak dibawa ke Dewan sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja ataupun dibawa oleh Menteri Besar (bagi notis dalam tempoh) tujuh hari ataupun paling tidak sehari...mereka tidak hubungi saya...kalau dia ikhlas WhatsApp saya, tulis surat," katanya.
Muhammad Sanusi berkata peraturan Dewan itu penting untuk dipatuhi bagi memastikan sebarang usul yang dibahaskan nanti berlandaskan fakta tepat daripada laporan jabatan atapun agensi kerajaan berkaitan.
Beliau juga meminta pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan isu banjir dan kejadian kepala air di Baling yang berlaku awal bulan ini.
"Laporan daripada Jabatan Perhutanan saya dah dapat, saya sudah ada kronologi dan tahu siapa yang menandatangani surat untuk luluskan projek ini (ladang Musang King di Gunung Inas), jangan paksa saya dedahkan semua itu, saya tak mahu 'blame game' dan saya hendak adil kepada semua...sekarang kita tidak mahu cari salah siapa, yang penting jalan penyelesaian," katanya.
Persidangan DUN ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Pindaan enakmen itu antara lain melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun. - Gambar hiasan/ Bernama
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Belanjawan 2024: Kerajaan Kedah peruntuk RM1.241 bilion
Kerajaan Kedah membentangkan Belanjawan Negeri 2024 melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1.241 bilion.
ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.
PRN: PH-BN optimis tawan 19 kerusi DUN Kedah - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.
Sanusi menghadap Sultan Kedah 25 Jun, cadang bubar DUN 28 Jun
Sanusi mengesahkan bahawa akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, 25 Jun depan.
PRN: Sanusi sahkan DUN Kedah dibubar minggu keempat Jun
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat bulan hadapan.
DUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti
DUN Kedah meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2023 berhubung larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.
Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.
Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.
PRN Kedah: PN mampu menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa parti itu berkemampuan untuk memenangi 33 kerusi DUN didalam Pilihanraya Negeri
DUN Kedah: Tan Kok Yew sedia jadi Ketua Pembangkang ganti Johari Abdul
Pengerusi DAP Kedah akan bincang bersama parti-parti gabungan PH negeri itu terlebih dahulu.