awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025

Bernama
Bernama
25/11/2024
14:49 MYT
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Dalam sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, Mohd Nassuruddin berkata 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan serta teguran melibatkan semua portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.
"Berdasarkan perkara-perkara yang dibahaskan, terdapat beberapa isu utama yang dibangkitkan oleh ADUN yang mana sangat penting untuk diberikan perhatian dan sudahpun diberi jawapan oleh pihak kerajaan menerusi penggulungan tadi," katanya.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ADUN yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025.
"Kesyukuran terbesar adalah nikmat persaudaraan dan ukhuwah Islamiah yang menjadikan semua sepakat dalam mengangkat martabat agama di negeri ini," kata Menteri Besar.
Mohd Nassuruddin pada Khamis lepas membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 bertemakan "Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan Untuk Kemakmuran Negeri" berjumlah RM1.45 bilion dengan anggaran defisit sebanyak RM93.02 juta.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#DUN Kelantan
#Belanjawan 2025
#lulus belanjawan negeri
#Mohd Nassuruddin Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan