awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini

Bernama
Bernama
01/07/2023
00:40 MYT
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
Pembubaran itu menyaksikan Negeri Sembilan juga menjadi satu-satunya negeri memanfaatkan sepenuhnya tempoh mandat lima tahun bagi penggal ke-14. - Gambar hiasan/BERNAMA
SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pembubaran itu menyaksikan Negeri Sembilan juga menjadi satu-satunya negeri memanfaatkan sepenuhnya tempoh mandat lima tahun bagi penggal ke-14.
Persidangan DUN Negeri Sembilan yang pertama diadakan pada 1 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada Rabu mengumumkan tarikh pembubaran DUN itu, setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bagi memberi laluan PRN.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan(PH) dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga).
Barisan Nasional (BN) pula memenangi 16 kerusi dengan 15 daripada dimenangi UMNO manakala MIC, satu.
Sepanjang penggal itu, satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan iaitu DUN Rantau berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan penyandang kerusi Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad menerusi petisyen memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun 2018, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah.
Bagaimanapun, PRK Rantau pada 13 April 2019 menyaksikan Timbalan Presiden UMNO itu berjaya mempertahankan kerusi tersebut, dengan kemenangan majoriti 4,510 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon PH Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi serta bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
Selain Negeri Sembilan, lima lagi negeri yang akan terlibat dengan PRN ialah Kelantan yang terlebih dahulu membubarkan DUN pada 22 Jun, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Negeri Sembilan
#bubar
#PRN
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan