awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Perak: Luas Hutan Simpan Kekal 47 peratus konsisten sejak 2010 - MB

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
28/12/2022
04:02 MYT
DUN Perak: Luas Hutan Simpan Kekal 47 peratus konsisten sejak 2010 - MB
Datuk Seri Saarani Mohamad memberitahu Dewan Undangan Negeri, Perak merekodkan Hutan Simpanan Kekal seluas 47 peratus daripada keluasan tanah negeri atau hampir 1.0 juta hektar, iaitu dari tahun 2010 sehingga September tahun ini.
IPOH: Perak merekodkan Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 47 peratus daripada keluasan tanah negeri atau hampir 1.0 juta hektar, iaitu dari tahun 2010 sehingga September tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah berkenaan, 944,452 hektar melibatkan hutan darat manakala 42,411 hektar adalah hutan paya laut atau hutan bakau.
“Keluasan HSK di Perak dari tahun 2010 hingga 2022 adalah konsisten iaitu sebanyak 47 peratus berbanding keluasan negeri ini.
“Manakala keluasan HSK jenis paya bakau meningkat dari 4.1 peratus pada tahun 2010 kepada 4.3 peratus pada tahun 2022, berbanding keluasan HSK secara keseluruhan.
“Peningkatan ini merupakan iltizam kerajaan negeri untuk mencapai sasaran Hutan Simpan Kekal seluas 50 peratus daripada keluasan tanah kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (PH-Pantai Remis) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Saarani berkata, daripada keluasan HSK di Perak, seluas 1,281.02 hektar telah dibuka bagi aktiviti pertanian, perindustrian dan perlombongan sejak tahun 2010.
“Keluasan penerokaan HSK bagi aktiviti pertanian adalah seluas 1,276.02 hektar atau 0.13 peratus, dan bagi aktiviti perindustrian adalah seluas 5.0 hektar atau 0.001 peratus.
“Manakala bagi aktiviti perlombongan pula, tiada penerokaan hutan baru direkodkan semenjak tahun 2010,” katanya lagi.
Ketika menjawab soalan tambahan Ishsam Shahruddin (BN-Ayer Kuning), Saarani berkata, sebagaimana yang ditetapkan dalam polisi, kerajaan negeri akan menggantikan keluasan tanah hutan lain bagi setiap keluasan HSK yang dibuka bagi tujuan memerlukan.
“Jika kerajaan negeri berpendapat terdapat sumber yang besar di dalam sesuatu kawasan HSK yang mampu memberi sumbangan pendapatan kepada kerajaan negeri maka, status HSK itu boleh dimansuhkan akan tetapi akan diganti.
“Ini bermakna, kerajaan akan mencari kawasan tanah lain untuk menggantikan luas tanah sama yang diteroka untuk diwartakan sebagai HSK,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Hutan Simpanan Kekal
#hutan Perak
#DUN Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan