awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Perak sebulat suara lulus Belanjawan Negeri

Bernama
Bernama
17/12/2021
15:27 MYT
DUN Perak sebulat suara lulus Belanjawan Negeri
Ia diluluskan setelah dibahaskan oleh 43 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing 20 daripada blok kerajaan dan 23 lagi daripada pembangkang. - Gambar/ Bernama
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 Perak selepas dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad pada Jumaat lepas.
Belanjawan defisit itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1.1 bilion di bawah tema yang sama pada tahun lalu iaitu Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif namun mengalami penyusutan RM1.215 bilion berbanding tahun lalu.
Ia diluluskan setelah dibahaskan oleh 43 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing 20 daripada blok kerajaan dan 23 lagi daripada pembangkang.
Peruntukan Belanjawan 2022 meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM803 juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM302 juta.
Saarani (BN-Kota Tampan) ketika menggulung perbahasan turut menyentuh mengenai status penggunaan kenderaan elektrik di pulau peranginan, Pulau Pangkor dan kawasan tumpuan pelancongan di Perak.
Beliau berkata setakat ini kerajaan negeri masih memperhalusi pelaksanaan projek tersebut yang mengambil kira komponen teknikal, masalah seperti pemilikan dan pengurusan aset, lesen permit, penguatkuasaan dasar kemasukan dan penyediaan fasiliti sebelum ia boleh dilaksanakan.
Saarani turut membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) (Pindaan) 2021 dibaca kali kedua yang memperuntukkan penambahbaikan peruntukan sedia ada dan menambah beberapa peruntukan baharu bagi memperkemaskan perjalanan dan pengurusan Mahkamah Syariah Perak.
Beliau berkata RUU yang dicadangkan itu mengandungi penambahbaikan 13 peruntukan sedia ada dan lima peruntukan baharu yang antara lain bertujuan menambah baik peruntukan sedia ada khususnya berkenaan syarat pelantikan hakim di hirarki tertinggi Mahkamah Syariah, bidang kuasa, perjalanan kuasa serta punca kuasa bagi penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh dan perkhidmatan elektronik di Mahkamah Syariah.
Ia sekali gus memastikan pelaksanaan fungsi kehakiman Syariah dapat dilaksanakan secara efisyen dan berkesan selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan semasa.
Persidangan bersambung Isnin.
Topic Berkaitan
#DUN Perak
#Saarani Mohamad
#pembangkang
#Belanjawan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan