awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Perak: Speaker tegur ADUN, pegawai tidak pakai tali leher

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
24/05/2023
03:50 MYT
DUN Perak: Speaker tegur ADUN, pegawai tidak pakai tali leher
Mohammad Zahir berkata, etika pakaian di Dewan Rakyat tidak mempunyai kaitan dengan DUN Perak. - Gambar fail
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menegur semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya mematuhi etika berpakaian sepanjang persidangan DUN berlangsung.
Mohammad Zahir menegaskan antara yang utama ialah keperluan memakai tali leher yang telah diputuskan pada persidangan DUN Perak yang pertama tahun lalu.
"Di dalam dewan ini, saya ingat lagi pada tahun lepas, semasa kita mengadakan persidangan yang pertama, yang memakai sut mesti bertali leher.
"Oleh itu, saya minta agar pegawai-pegawai terutamanya ahli-ahli Yang Berhormat (atau ADUN) yang tidak memakai tali leher agar mematuhi aturan mesyuarat dan urusan dewan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Mohammad Zahir menegaskan semua ADUN boleh memakai pakaian kebangsaan, sut urusan atau pakaian lain yang diputuskan oleh Yang Dipertua pada hari persidangan biasa, yang bukan berkaitan Hari Kalung iaitu pada istiadat pembukaan rasmi sebagai mana yang digariskan Perkara 14(2) Perintah Tetap DUN Perak.
Menurutnya, etika pakaian di Dewan Rakyat tidak mempunyai kaitan dengan DUN Perak.
"Kalau rumah lain atau Dewan Rakyat, mungkin memutuskan kaedah yang lain tetapi rumah ini (DUN Perak) dan Speaker yang ini, kita menetapkan kalau pakai sut urusan mestilah memakai tali leher.
"Jadi saya minta dalam tempoh yang berbaki hari ini, ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tidak mahu sebut (namanya) atau pegawai-pegawai kerajaan yang hadir, saya minta supaya menghormati keputusan dewan ini," ujarnya.
Walaupun tidak dinamakan, dipercayai teguran itu dibuat kepada beberapa pegawai yang hadir termasuk Ketua DUN Perak, Razman Zakaria yang dilihat tidak mengenakan tali leher semasa persidangan DUN.
Topic Berkaitan
#DUN Perak
#etika pakaian
#tali leher
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan