awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sabah: SMJ Petroleum ditubuh, jalin kerjasama dengan Petronas

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
19/07/2022
03:49 MYT
DUN Sabah: SMJ Petroleum ditubuh, jalin kerjasama dengan Petronas
Selain itu, Masidi menambah, kerajaan Sabah juga akan memberi peluang dan keutamaan kepada anak-anak tempatan untuk bekerja di semua sektor di negeri itu termasuk industri minyak dan gas.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah mewujudkan SMJ Petroleum iaitu sebuah syarikat baharu milik kerajaan yang menjalinkan kerjasama dengan Petronas, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Menteri Kewangan Kedua Sabah itu berkata, SMJ Petroleum itu berperanan sebagai syarikat payung bagi membolehkan syarikat-syarikat swasta tempatan diberi peluang bekerja dengan Petronas.
"Untuk makluman, SMJ Petroleum ini selain daripada menjadi fasilitator kepada peluang-peluang syarikat tempatan dengan industri minyak dan gas, syarikat milik kerajaan Sabah ini akan membantu meningkatkan kemahiran dengan kerjasama Petronas.
"Ini sedang kita lakukan sebenarnya," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan negeri untuk memanfaatkan khazanah minyak dan gas Sabah serta usaha untuk menyokong peluang pekerjaan berkemahiran untuk anak-anak tempatan.
Selain itu, Masidi menambah, kerajaan Sabah juga akan memberi peluang dan keutamaan kepada anak-anak tempatan untuk bekerja di semua sektor di negeri itu termasuk industri minyak dan gas.
Topic Berkaitan
#DUN Sabah
#SMJ Petroleum
#Masidi Manjun
#kerjasama Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan