KUCHING: Ibu bapa culas dan gagal melaksanakan tanggungjawab mendaftar kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara punca berlakunya isu anak tiada pengenalan diri di Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, faktor lain ialah siasatan yang masih berlangsung terhadap taraf kewarganegaraan individu yang terbabit.
Ketika ini jelasnya, kewarganegaraan individu di negara ini ditentukan oleh status perkahwinan serta taraf kewarganegaraan ibu dan bapa kandung semasa kelahiran.
“Ia selaras peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964.
“Melahirkan anak di Malaysia tidak menjamin taraf kewarganegaraan secara automatik,” tegasnya ketika menjawab soalan ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing dalam persidangan hari ketiga Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Khamis.
Mengulas lanjut, Fatimah berkata, Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.
“Biarpun status kewarganegaraan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun Kerajaan Sarawak ada wakil yang berada dalam Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Peringkat Sarawak,” tambahnya.
Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Persekutuan, dengan fungsi untuk menyemak dan mengesahkan permohonan kewarganegaraan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan (yang dipohon mulai tahun 2010 melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sarawak).
Jelas Fatimah lagi, biarpun hak kewarganegaraan kanak-kanak tidak dibincangkan di bawah ‘penurunan kuasa’ Kerajan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, namun Pejabat Premier Sarawak telah bersetuju untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada individu di bawah 21 tahun yang tidak mempunyai status kewarganegaraan di negeri ini.
“Ia bertujuan supaya individu terbabit boleh mendapat akses pendidikan dan kemudahan kesihatan.
“Penggunaan dokumen ini bagaimanapun, adalah bersifat sementara, sehingga keputusan status kewarganegaraan dimuktamadkan.
Untuk rekod, tempoh permohonan kewarganegaraan yang diterima bagi individu di bawah 21 tahun akan melalui proses pentadbiran selama tiga bulan 14 hari di JPN dan lapan bulan di KDN.
Azizah Alwi
Thu May 19 2022

Jelas Fatimah, Pejabat Premier Sarawak bersetuju untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada individu di bawah 21 tahun yang tidak mempunyai status kewarganegaraan bagi mendapatkan akses pendidikan dan kesihatan. - Foto Astro AWANI

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

DUN Sarawak: Ibu bapa culas daftar kelahiran punca anak tiada dokumen pengenalan diri - Fatimah
Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.