KUCHING: Lima daripada tujuh sekolah daif di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin kini dalam proses pembinaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee.
Menurutnya, kesemua pembinaan sekolah daif itu dilaksanakan di bawah skim bayaran pendahuluan RM1 bilion antara kerajaan negeri dan Persekutuan sebelum ini.
“Di Tamin, kita mempunyai tujuh sekolah daif, lima daripadanya sedang dalam pembinaan. Antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Siong yang menelan belanja RM2.55 juta dengan kemajuan 7.3 peratus.
"Manakala SK Sungai Sepiring / Sungai Tepus yang dibina dengan kos RM11.16 juta hampir siap dengan kemajuan 95 peratus setakat ini.
“SK Sungai Dijih pula kini dalam proses pembinaan dengan kemajuan dua peratus, SK Batu 36 (RM9.5 juta) dan SK Penghulu Imban (RM7.89 juta) masing-masing siap 12.38 peratus dan 7.74 peratus,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Terdahulu, beliau menjawab soalan asal Christopher Gira (GPS-Tamin) yang ingin tahun berapakah jumnlah baik pulih sekolah daif di kawasan DUN Tamin yang sedang dilaksanakan, akan dilaksanakan selain jumlah keseluruhan peruntukan.
Mengulas lanjut, kata Annuar, sejumlah RM36.9 juta diperuntukkan bagi menjalankan pembinaan projek lima sekolah daif tersebut.
Manakala dua lagi sekolah daif iaitu SK Sungai Bawang dan SK Siong Tengah masih dalam proses perancangan.
Sementara itu, mengenai status pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selangau, beliau mendedahkan bahawa projek itu masih di peringkat perancangan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Skop kerja SMK Selangau termasuk 18 bilik kelas di bawah blok akademik dan blok asrama baharu yang boleh menampung kapasiti 400 orang pelajar.
“Manakala 20 unit kuarters guru juga akan dibina di SMK Selangau selain fasiliti seperti dewan sekolah, semua ini masih dalam fasa perancangan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.
Shafik Ahmad
Wed May 18 2022

Dr Annuar berkata, kesemua pembinaan sekolah daif itu dilaksanakan di bawah skim bayaran pendahuluan RM1 bilion antara kerajaan negeri dan Persekutuan sebelum ini.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Katanya, keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank mungkin akan bertambah perbelanjaan bulanan sebanyak ratusan ringgit.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemalangan | Pemandu maut rempuh tembok pembahagi plaza tol
Seorang pemuda maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Banjir | Pahang bantu hantar 150 sukarelawan ke Baling
Pahang menghantar 150 sukarelawan bersama bantuan kemanusiaan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menurutnya, ia terdiri dari Majlis Tindakan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Skuad Bencana Pahang termasuk sukarelawan dari beberapa daerah lain di negeri itu.

Aktiviti membeli saham murah dorong FBM KLCI dibuka tinggi
Pada jam 9.05 pagi, indeks utama meningkat sebanyak 2.44 mata kepada 1,423.29 daripada 1,420.85 penutupan urus niaga Rabu.

AWANI Ringkas: Kedudukan minyak masak, ayam dan telur

Ekonomi | OPR: Langkah BNM depani kenaikan dolar AS
Lebih banyak kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan berlaku, kata Pakar Ekonomi UOB, Julia Goh, Beliau turut menjangkakan sekurang-kurangnya satu lagi kenaikan pada bulan September, yang akan membantu menaikkan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Musim Haji 1443H | Khutbah Arafah bakal di terjemahkan ke 14 bahasa
Khutbah Arafah merupakan salah satu acara penting dalam pelaksanaan ibadah haji dan bagi musim 1443H/2022M, pihak berkuasa Arab Saudi menyediakan terjemahan dalam 14 bahasa. Ia bagi membolehkan inti pati khutbah yang menyeru kepada keadilan, toleransi dan kesederhanaan Islam disebarluaskan sebaik mungkin, sesuai dengan perkembangan teknologi digital ketika ini. Ikuti laporan Editor Astro AWANI, Nazri Kahar di Mekah, Arab Saudi.

Lelaki dakwa tikam ibu selepas terdengar 'bisikan' - Polis
Suspek berusia 38 tahun yang merupakan anak sulung mangsa mengaku menikam ibunya menggunakan pisau pemotong sayur sepanjang 26 sentimeter (cm).

Guru diperintah bela diri tuduhan paksa murid lakukan seks oral
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang guru membela diri atas pertuduhan memaksa tiga murid perempuan melakukan seks oral terhadapnya hampir enam tahun lepas.

Pesara guru wanita maut ditikam anak lelaki
Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, petang tadi.

Bekalan ayam ada, pelanggan pula kurang
Keadaan jualan merosot berlaku sejak isu kekurangan bekalan ayam yang melanda negara bermula bulan lalu.

Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.

Warga emas didakwa 17 pertuduhan rogol, amang seksual dua beradik
Tertuduh yang juga guru mengaji dua kanak-kanak itu, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang
Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga.

Tuanku Zara zahir penghargaan kepada guru
Tuanku Zara puji guru dan pelajar yang berjaya menyempurnakan tanggungjawab walaupun dalam keadaan kurang peralatan.

JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR
Semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.

'Danke, Mrs Geraldine Beldi' - Wanita temukan jasad Eril terima penghargaan
Geraldine Beldi, menjadi bualan ramai selepas beliau dipercayai individu pertama yang menemukan jasad anak kepada Gabenor Jawa Barat, Emmeril Kahn Mumtadz atau Eril.