MALAYSIA
DUN Selangor akan bahas insiden letupan gas Putra Heights - Speaker

Permohonan oleh Dr Afif bagi membentangkan rayuan 20 mangsa ditolak kerana sudah ada usul rasmi oleh Menteri Besar mengenai isu sama. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Insiden letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya akan dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ini, kata Speaker DUN Selangor Lau Weng San.
Ringkasan AI
- Insiden letupan saluran gas di Putra Heights akan dibahaskan dalam sidang DUN Selangor selepas sesi penerangan.
- Permohonan oleh Dr Afif bagi membentangkan rayuan 20 mangsa ditolak kerana sudah ada usul rasmi oleh Menteri Besar mengenai isu sama.
- Persidangan DUN Selangor bermula hari ini dan dijadual berakhir pada 11 Julai.
"... selepas itu dewan akan bersidang semula, dan kita semua akan mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan (dalam perbahasan)," katanya pada persidangan DUN Selangor di Wisma DUN Selangor hari ini.
Terdahulu, Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan) mengemukakan rayuan daripada 20 penama iaitu mangsa yang terkesan akibat insiden letupan pada 1 April lepas supaya perkara berkenaan dibincangkan pada persidangan DUN Selangor kali ini.
Lau kemudiannya tidak membenarkan perkara berkenaan dibentangkan kerana dilihat sebagai bertindih dengan permohonan yang telah difailkan oleh Amirudin untuk membentangkan perkara berkenaan pada persidangan kali ini.
"Saya ingin menekankan bahawa sebab utama kenapa rayuan itu tidak dibenarkan kerana sudah ada permohonan daripada Menteri Besar untuk membincangkan perkara ini di bawah agenda ini yang membolehkan lebih ramai partisipasi daripada semua ahli dewan," katanya.
Persidangan DUN Selangor bermula hari ini dijangka berlangsung hingga 11 Julai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami