MALAYSIA
DUN Selangor lulus penubuhan KWA-KTK, perkasa pemutihan kilang haram

Ng Suee Lim berkata penubuhan KWA-KTK perlu bagi mengelakkan tindakan kerajaan tidak dianggap serius oleh pengusaha yang membina kilang di kawasan yang tidak sesuai. - Gambar fail
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) bagi memperkasakan program Pemutihan KTK di negeri ini.
Ringkasan AI
- DUN Selangor meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) bagi memperkasakan program Pemutihan KTK dan memastikan tindakan kerajaan terhadap kilang haram tidak dipandang ringan.
- Dana ini akan digunakan untuk menampung kos penguatkuasaan, program libat urus, publisiti serta aktiviti berkaitan kilang tanpa kebenaran di atas tanah milik dan tanah kerajaan negeri.
- Setakat 30 Jun, sebanyak 4,305 aduan berkaitan kilang tanpa kebenaran direkodkan di Selangor, dengan data berpusat disediakan oleh PTGS bagi pelaksanaan tindakan yang lebih tersasar dan berfakta.
"Untuk rekod, setakat 30 Jun lepas, sebanyak 4,305 aduan berkaitan KTK telah direkodkan di seluruh Selangor," katanya ketika menggulung perbahasan usul resolusi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10 Tatacara Kewangan 1957 KWA-KTK pada persidangan DUN Selangor, di sini.
Semalam, Ng ketika membentangkan perkara itu berkata penubuhan KWA-KTK antara lain bertujuan menanggung perbelanjaan aktiviti yang melibatkan bayaran dan kos pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di atas tanah hak milik dan tanah kerajaan negeri yang melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran secara langsung.
"Ia juga bagi menampung perbelanjaan mengadakan program libat urus dan publisiti yang berkaitan secara langsung dengan tujuan Kumpulan Wang Amanah itu serta lain-lain aktiviti yang secara langsung melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran di Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami