MALAYSIA
Dunia tunjuk perubahan luar biasa sokong Palestin - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, majoriti negara Eropah mengiktiraf Palestin termasuk Perancis, Belgium, Luxembourg, Malta, Andorra, Monaco, United Kingdom (UK), Kanada, Australia dan Portugal. - Gambar Bernama
SEPANG: Malaysia menghargai sokongan negara-negara yang mengiktiraf Palestin pada Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2025) di New York.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beriata, sokongan itu bukti perubahan ketara pendirian global terhadap perjuangan rakyat Palestin.
"Tentunya kita menghargai negara-negara yang telah memberikan dukungan dan pengikirafan, termasuk negara-negara terbaharu yang telah memberikan dukungan terhadap kewujudan negara Palestin, ini adalah perubahan yang sangat luar biasa.
"Umpamanya United Kingdom, kini mereka turut mengiktiraf negara Palestin," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian selepas berhubung melalui panggilan video bersama 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi GSF di Pusat Kawalan Flotilla Sumud Nusantara (SNCC), Sepang, pada Khamis
Ahmad Zahid berkata, majoriti negara Eropah mengiktiraf Palestin termasuk Perancis, Belgium, Luxembourg, Malta, Andorra, Monaco, United Kingdom (UK), Kanada, Australia dan Portugal.
Jelasnya, ia menjadikan hampir 80 peratus daripada anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu 151 daripada 193 negara kini mengiktiraf Palestin.
Terdahulu media antarabangsa melaporkan, United Kingdom (UK), Australia, Kanada dan Portugal baru-baru ini, mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara selepas hampir dua tahun perang di Gaza dengan Perancis, Belgium dan negara-negara lain bersedia untuk mengikut jejak langkah sama di UNGA 2025.