awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta asing sambut baik dasar 5G negara - Fahmi

Bernama
Bernama
18/05/2023
16:16 MYT
Duta asing sambut baik dasar 5G negara - Fahmi
Fahmi berkata reaksi itu ialah lanjutan daripada sesi taklimat KKD bersama duta-duta asing mengenai dasar 5G negara. - Gambar Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Duta-duta asing menyambut baik penjelasan dan keterbukaan Kerajaan Perpaduan terhadap dasar 5G negara, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menerusi hantaran dalam Facebook rasminya, beliau berkata reaksi itu ialah lanjutan daripada sesi taklimat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama duta-duta asing mengenai dasar 5G negara, pada Khamis.
"Saya memaklumkan keputusan Kerajaan Perpaduan melaksanakan pendekatan dwirangkaian bagi perkhidmatan 5G sebagai usaha mewujudkan persaingan sihat sekali gus memacu kualiti perkhidmatan telekomunikasi negara.
"Pembangunan rangkaian 5G wajar diterajui semula pihak penyedia perkhidmatan apabila pencapaian liputan 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.
"Alhamdulilah, duta-duta menyambut baik penjelasan dan keterbukaan Kerajaan Perpaduan," katanya.
Pada 3 Mei lepas, Fahmi berkata kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu yang akan diwujudkan pada awal 2024.
Katanya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Digital Nasional Bhd
#Facebook
#Kerajaan Perpaduan
#rangkaian 5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan