BANDUNG: Duta baharu Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin pada Selasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil.
Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Syed Md Hasrin menyampaikan hasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya dengan provinsi Jawa Barat.
"Kami ingin mempelajari bagaimana Jawa Barat membangunkan ekonomi kerana berjaya mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi tahun lepas berbanding provinsi lain di Indonesia," katanya selepas pertemuan di kediaman rasmi gabenor, di Gedung Pakuan.
Kedua-dua mereka juga berbincang akan peluang untuk syarikat-syarikat Malaysia melabur terutamanya di bidang kesihatan, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan, pelancongan dan kesalinghubungan.
"Banyak cadangan yang diterima daripada Gabenor dan ini kita harap dapat direalisasikan," kata Syed Md Hasrin.
Sementara itu, Ridwan percaya hubungan provinsinya dengan Malaysia erat memandangkan Bandung sebagai ibu negeri menjadi destinasi pelancongan yang popular di kalangan warga Malaysia.
Menyentuh mengenai peluang pelaburan, beliau menegaskan, sekarang adalah masa yang paling tepat untuk syarikat dari Malaysia melabur didorong oleh iklim ekonomi Jawa Barat yang memberangsangkan.
Jawa Barat merekodkan pertumbuhan ekonomi 5.4 peratus pada 2022, lebih tinggi daripada purata GDP di seluruh Indonesia.
Selain itu, kerjasama kebudayaan juga perlu diaktifkan dengan mengadakan semula program seperti 'Titian Muhibah' yang disiarkan oleh TVRI dan RTM Malaysia pada 1980-an, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Syed Md Hasrin (kiri) berbincang dengan Ridwan ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Jawa Barat itu di kediaman rasmi beliau di Gedung Pakuan pada Selasa. - Foto BERNAMA
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Tingkatkan kerjasama antara universiti Indonesia dan Malaysia - Syed Hasrin
Adalah penting untuk kedua-dua negara saling menyokong tingkatkan kecemerlangan pendidikan, kata Duta Malaysia ke Indonesia.
Duta Besar Malaysia buat kunjungan hormat ke atas Gabenor Jawa Barat
Syed Hasrin menyampaikan hasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya dengan Jawa Barat.
Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini
Malaysia diberi penghormatan oleh Republik Indonesia apabila Presiden Jokowi memilih negara itu sebagai yang pertama untuk lawatan rasmi luar negaranya.