NATIONAL
Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar

Pada 8 Februari lepas, Mohamed Nazri mengesahkan kontraknya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.- Gambar fail/Astro AWANI
PUCHONG: Kerajaan sudah mempunyai calon bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Ringkasan AI
- Kerajaan sudah mempunyai calon untuk menggantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
- Pelantikan calon tersebut perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang kini berada di Bahrain untuk rawatan.
- Kontrak Mohamed Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat pada 8 Februari selepas dua tahun berkhidmat di Washington.
“Ada calon, tetapi proses itu seperti biasa akan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi insya-Allah bila saya dapat ke Bahrain dan ziarah Yang di-Pertuan Agong, kita boleh dapat perkenan,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai makan tengah hari bersama penduduk setempat di Gerai Syam bawah Pokok, dan menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana di sini, pada Jumaat.
Pada 8 Februari lepas, Mohamed Nazri mengesahkan kontraknya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.
Bekas Menteri itu mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar pemilihan itu berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami