MALAYSIA
Duta Besar Palestin ke Malaysia tamat tugas semalam
Walid, 68, merupakan seorang diplomat asal Palestin yang menyandang jawatan di Malaysia dari 21 September 2018 hingga 2 Oktober 2025. - Foto Sinar Harian
Walid Abu Ali secara rasmi menamatkan tugasnya sebagai Duta Besar Palestin ke Malaysia berkuat kuasa Khamis (2 Okt 2025).
Perkara itu dimaklumkan Pegawai Perhubungan Awam dan Media Kedutaan Palestin di Malaysia, Ola Ahmad kepada Sinar Harian pada petang Rabu.
Kata beliau, Walid meninggalkan ibu negara Kuala Lumpur awal pagi semalam dengan menaiki kapal terbang untuk pulang ke tanah air.
Bagaimanapun, pihaknya turut mengesahkan bahawa calon Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu telah dipilih dan diluluskan oleh pimpinan Palestin.
"Persetujuan telah diberikan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), sekali gus memudahkan proses peralihan jawatan yang lancar.
"Duta besar baharu ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dan dijangka menyertai kedutaan kami dalam masa terdekat, berkemungkinan kurang dari sebulan bagi meneruskan usaha memperkukuh ikatan solidariti antara Palestin-Malaysia," katanya.
Walid, 68, merupakan seorang diplomat asal Palestin yang menyandang jawatan di Malaysia dari 21 September 2018 hingga 2 Oktober 2025 dan sebelumnya pernah mengemudi tiga negara lain seperti Brunei, Maldives serta Pakistan.
Ola turut memberitahu, dalam tempoh peralihan sementara menunggu pengumuman rasmi dan ketibaan duta baharu, jawatan tersebut akan dipangku oleh 'chargé d'affaires' semasa Kedutaan Besar Palestin di Kuala Lumpur.
Jelas beliau, individu tersebut akan memastikan kesinambungan dalam urusan diplomatik dan sokongan terhadap hubungan dua hala negara.
"Penyusunan aturan ini menekankan komitmen kami untuk mengekalkan wakil yang kukuh dan meneruskan usaha mencapai matlamat bersama, termasuk pendirian teguh Malaysia dalam memperjuangkan rakyat Palestin," ujarnya.
Ditanya secara langsung kepada Walid tentang perkara paling menyentuh hati sepanjang berada di negara ini, beliau mengakui tersentuh dengan sokongan dan solidariti yang tiada tandingan daripada kerajaan serta rakyat Malaysia sejak awal ketibaannya sehingga ke hari perpisahan.
Beliau turut memuji dedikasi tanpa goyah rakyat Malaysia yang dizahirkan melalui perhimpunan awam, inisiatif kemanusiaan seperti Global Sumud Flotilla (GSF) dan pendirian berprinsip negara di forum serantau serta antarabangsa.
Tambahnya, komitmen teguh yang ditonjolkan merentasi pentadbiran Malaysia dari satu kepimpinan kepada kepimpinan lain benar-benar menyentuh hati.
"Solidariti yang berakar daripada rasa keadilan bersama menguatkan tekad kami dan meninggalkan kesan mendalam di hati saya, sekali gus memperkukuh ikatan erat antara kedua-dua negara.
"Justeru, saya menyeru rakyat Malaysia supaya kekal bersatu memperjuangkan aspirasi Palestin untuk menuntut kebebasan dan hak menentukan nasib sendiri.
"Saya yakin bahawa hari itu kian hampir di mana kita akan bersama-sama menunaikan solat di Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin. Terima kasih Malaysia," katanya. - Sinar Harian