awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta AS gesa kerajaan pertimbang adakan sesi dialog suku tahunan berkaitan peraturan

Bernama
Bernama
09/07/2021
20:15 MYT
Duta AS gesa kerajaan pertimbang adakan sesi dialog suku tahunan berkaitan peraturan
McFeeters berkata mengadakan sesi dialog suku tahunan bagi syarikat dan persatuan perniagaan berkaitan perkara ini akan memudahkan bagi mereka untuk meramalkan apa yang boleh diharapkan. -Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutuan perlu mempertimbangkan untuk mengadakan sesi dialog pada setiap suku tahun bagi syarikat dan persatuan perniagaan untuk memaklumkan kepada perniagaan peraturan-peraturan baharu serta membenarkan mereka untuk memberikan komen dan maklum balas, kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian McFeeters.
Beliau berkata maklum balas daripada persatuan perniagaan seperti Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) menunjukkan perlu ada mekanisme perundingan yang lebih baik dalam usaha untuk menyelaraskan proses pelaksanaan peraturan.
"Apabila peraturan dikeluarkan, syarikat dan persatuan perniagaan tidak menyedari tentang peraturan tersebut dan mereka tidak berpeluang untuk berunding.
Selain itu, pelaksanaan peraturan juga boleh jadi agak mengelirukan," katanya dalam sidang media maya selepas mesyuarat secara maya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, pada Jumaat.
Menurutnya, masalah tersebut berlaku malahan sebelum pandemik COVID-19 melanda Malaysia.
McFeeters berkata mengadakan sesi dialog suku tahunan bagi syarikat dan persatuan perniagaan berkaitan perkara ini akan memudahkan bagi mereka untuk meramalkan apa yang boleh diharapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#US
#duta amerika syarikat
#Brian McFeeters
#Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia
#AmCham
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan