awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Malaysia promosi silat di Kemboja

Bernama
Bernama
26/12/2021
23:12 MYT
Duta Malaysia promosi silat di Kemboja
Eldeen Husaini mempersembahkan teknik asas silat di hadapan sekumpulan guru dan pelajar Kemboja di perkarangan kedutaan di Phnom Penh, 24 Dis 2021. --fotoBERNAMA
BANGKOK: Lengkap berbaju Melayu tradisional hitam beserta tengkolok, Duta Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim mempersembahkan teknik asas silat kepada sekumpulan guru dan pelajar Kemboja.
Kesibukan tugasnya tidak menghalang Eldeen Husaini untuk meluangkan masa menganjurkan bengkel "Mari Belajar Silat" di perkarangan kedutaan pada Jumaat yang antara lain bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan seni mempertahankan diri warisan tradisi Melayu itu.
Bengkel sehari itu disertai kira-kira 30 peserta.
Beliau menunjukkan teknik asas Seni Tari "Bunga Sembah" dan "Buah Pukulan". Selain itu, peserta silat juga menunjukkan teknik pemakaian 'tengkolok' yang digunakan kaum lelaki sebagai kain penutup kepala.
"Silat adalah satu khazanah warisan budaya negara dan rantau ini yang masih kekal sehingga kini. Kami ingin berkongsi pengalaman seni silat kami dengan rakan sejawat kami dari Kemboja untuk mempromosikan warisan seni tradisional yang unik ini.
"Ia adalah sebahagian daripada diplomasi kebudayaan kedutaan yang amat kami bangga untuk perkenalkan kepada rakan di Kemboja," katanya ketika dihubungi Bernama.
Eldeen Husaini berharap silat akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Kemboja dan warga asing, yang boleh menjadi pendorong kepada penubuhan sekolah atau pusat silat yang pertama satu hari nanti.
Pada 2019, silat telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan.
Sebelum ini, Eldeen Husaini telah mencuri perhatian tetamu ketika mempersembahkan tarian silat pada sambutan Hari Kebangsaan di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh Ogos lepas.
Video persembahan itu turut tular di media sosial dan menerima pujian atas usahanya mempromosikan dan mengekalkan seni mempertahankan diri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#silat
#Duta Malaysia ke Kemboja
#Eldeen Husaini
#Eldeen Husaini Mohd Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan