Skip to main content

Malaysia

Duta Malaysia serah watikah pelantikan kepada Presiden Lubnan

Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Anwar Udzir (kiri) bersama Presiden Lubnan, Jeneral Joseph Aoun di Istana Presiden Baabda selepas penyerahan watikah pelantikan.
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Anwar Udzir (kiri) bersama Presiden Lubnan, Jeneral Joseph Aoun di Istana Presiden Baabda selepas penyerahan watikah pelantikan.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Anwar Udzir menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Lubnan, Jeneral Joseph Aoun dalam satu istiadat rasmi di Istana Presiden Baabda, Lubnan.

Pertemuan itu menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala, selain meneroka peluang baharu dalam bidang berkepentingan bersama.

Joseph Aoun turut menzahirkan penghargaan terhadap hubungan persahabatan Malaysia-Lubnan, khususnya sumbangan berterusan Malaysia dalam usaha pengaman antarabangsa.

Image
TB_DUTA LUBNAN 2_AWANI.png
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Anwar Udzir (tiga dari kiri) bergambar bersama isterinya, Azliza Mohamad Shaik (tiga dari kanan), Setiausaha Pertama Johan Arief Mohmad Jaafar (dua dari kiri), Setiausaha Ketiga Abdul Hafiiz Abdul Kahar (dua dari kanan) serta pegawai lain.

Beliau secara khusus menghargai peranan Batalion Malaysia (MALBATT) yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Penglibatan MALBATT mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyokong usaha mengekalkan keamanan dan keselamatan, khususnya di selatan Lubnan.

Sementara itu, Anwar menegaskan kesediaan Malaysia untuk terus menjalin hubungan erat dengan kerajaan Lubnan serta memperluas kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Penyerahan watikah itu menjadi perkembangan penting dalam hubungan diplomatik Malaysia-Lubnan, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian dua hala yang lebih kukuh dan dinamik.


 

Must Watch Video

Advertisement