GADGETS

EA bakal jadi syarikat persendirian menerusi pelaburan $50 bilion Arab Saudi

Amanz 29/09/2025 | 04:30 MYT
EA sedang dalam rundingan untuk dijual pada harga $50 bilion kepada PIF Arab Saudi, Affinity Partners dan Silver Lake. -Foto Amanz
ELECTRONIC Arts (EA) dijangka menjadi syarikat persendirian susulan rundingan pengambilalihan bernilai AS$50 bilion.


Ringkasan AI
  • EA sedang dalam rundingan untuk dijual pada harga $50 bilion kepada PIF Arab Saudi, Affinity Partners dan Silver Lake.
  • Jika pengambilalihan berjaya, Arab Saudi akan menjadi pelabur utama dalam industri permainan video global termasuk Activision Blizzard dan Niantic.
  • EA dijangka umumkan pengambilalihan minggu ini, selari dengan usaha Arab Saudi menjadikan Qiddiya sebagai hab permainan video dunia.


Tiga entiti yang ingin mengambil alih EA ialah Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Affinity Partners milik Jared Kushner (menantu Donald Trump), dan Silver Lake sebuah firma ekuiti swasta.

PIF sudah pun memegang hampir 10% saham EA dan sekiranya pengambilalihan berjaya, Arab Saudi menjadi negara dengan pelaburan besar dalam dunia permainan video kerana mempunyai kepentingan dalam Activision Blizzard, Take-Two Interactive, Niantic dan Embrace Group.

Negara anbiya ini juga menjadi tuan rumah Olimpik Esukan pertama ingin menjadikan Qiddiya bandar raya permainan video dunia menerusi pembinaan stadium esukan terbesar pernah dibina lengkap dengan kerusi 4D haptik serta skrin gergasi.

EA dijangka mengumumkan pengambilalihan minggu ini, dengan perincian akhir masih dimuktamadkan. -Amanz





#Arab Saudi #EA #Electronic Arts #Affinity Partners #Silver Lake