Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
GADGETS

EA jalin kerjasama dengan Stability AI, percepat pembangunan permainan video melalui teknologi generatif

Amanz 27/10/2025 | 05:36 MYT
Electronic Arts (EA) bekerjasama dengan Stability AI untuk membangunkan model AI dan alatan generatif yang mempercepatkan pembangunan kandungan permainan serta memperluas potensi kreatif. -Gambar fail
ELECTRONIC Arts (EA) mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat teknologi generatif Stability AI bagi membangunkan model kecerdasan buatan (AI), alatan dan aliran kerja yang dioptimumkan untuk pembangunan permainan video.


Ringkasan AI
  • Electronic Arts (EA) bekerjasama dengan Stability AI untuk membangunkan model AI dan alatan generatif yang mempercepatkan pembangunan kandungan permainan serta memperluas potensi kreatif.
  • Inisiatif awal termasuk pembangunan bahan PBR dan tekstur 2D yang mengekalkan ketepatan warna dan pencahayaan, digambarkan sebagai 'smarter paintbrushes' oleh Ketua Seni Teknikal EA Sports.
  • Stability AI akan menempatkan pasukan penyelidikan 3D bersama artis EA, dijangka mempercepatkan penciptaan dunia maya dan membentuk proses kreatif baharu dalam industri permainan video.


Kerjasama ini bertujuan mempercepatkan proses pembangunan kandungan permainan melalui penggunaan AI, sekali gus memperluas potensi kreatif dalam kalangan artis, pereka bentuk dan pembangun permainan.

Menurut kenyataan EA, antara inisiatif awal kerjasama ini ialah pembangunan bahan Physically Based Rendering (PBR) dan tekstur 2D yang mengekalkan ketepatan warna serta pencahayaan dalam pelbagai persekitaran.

Ketua Seni Teknikal EA Sports, Steve Kestell menyifatkan teknologi AI ini sebagai “smarter paintbrushes” yang membolehkan idea kreatif dizahirkan secara lebih efisien dan tepat.

“Kami memberikan alatan kepada pasukan kreatif untuk mengekspresikan visi mereka secara langsung dalam pengalaman permainan,” katanya.

Stability AI, yang turut disokong oleh pembikin filem James Cameron sebagai ahli lembaga, akan menempatkan pasukan penyelidikan 3D mereka bersama artis dan pembangun EA bagi mempercepatkan pembangunan dunia maya dan kandungan visual.

Langkah ini dijangka membentuk proses kreatif baharu dalam industri permainan, termasuk mempercepatkan pembentukan konsep dan visual pada skala lebih besar berbanding sebelum ini. -Amanz






#kecerdasan buatan #Electronic Arts EA #Stability AI