awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EAIC dedah wujud kejadian pukul, klien cedera di PUSPEN Pahang

Bernama
Bernama
14/07/2025
03:20 MYT
EAIC dedah wujud kejadian pukul, klien cedera di PUSPEN Pahang
EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan melibatkan wujud keterangan dan bukti itu kepada Jabatan Peguam Negara.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan berlaku kejadian pukul dan kecederaan yang dialami oleh seorang klien ketika menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Pahang pada tahun lepas.
Menurut kenyataan EAIC hari ini, pihaknya menerima aduan terhadap pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan berdasarkan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).
"Siasatan mendapati wujud keterangan dan bukti yang menjurus kepada kejadian pukul itu berlaku sehingga menyebabkan kecederaan ke atas klien yang sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat berkenaan.
"Wujud kemungkinan unsur penyembunyian oleh pihak PUSPEN terhadap kejadian itu kerana pemakluman berkenaan dengan kecederaan oleh klien dibuat dalam tempoh masa yang tidak munasabah kepada pihak Ibu Pejabat AADK," menurut EAIC.
Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan melibatkan wujud keterangan dan bukti itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) selaras dengan peruntukan perenggan 30(1)(c) Akta 700 dengan cadangan untuk siasatan jenayah menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (Akta 574) atau mana-mana seksyen berkaitan dibuat ke atas suspek yang terlibat.
EAIC juga akan merujuk hasil siasatan mengenai unsur penyembunyian oleh PUSPEN untuk syor hukuman tatatertib terhadap pegawai terbabit di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, susulan kesalahan ingkar perintah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) peraturan yang sama.
"Selain itu EAIC mengesyorkan pemasangan kamera litar tertutup dibuat di dalam kawasan PUSPEN bagi memastikan keselamatan klien yang menjalani pemulihan," menurut EAIC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PUSPEN Pahang
#pukul
#cedera
#EAIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan