MALAYSIA
EAIC perkukuh kerjasama dengan NGO tangani isu integriti
Ismail berkata, isu integriti tidak boleh ditangani melalui penguatkuasaan semata-mata dan ia memerlukan langkah pencegahan, penambahbaikan sistem dan reformasi institusi secara menyeluruh. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan terus bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengenal pasti langkah lebih berkesan dalam menangani salah tadbir dan salah laku serta menilai semula beberapa aspek Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).
Ringkasan AI
Kerjasama itu termasuk memperkukuh pengawasan dan siasatan yang diharapkan dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi awam yang telus, berintegriti dan dipercayai.
Pengerusi EAIC, Tan Sri Ismail Bakar berkata, isu integriti tidak boleh ditangani melalui penguatkuasaan semata-mata dan ia memerlukan langkah pencegahan, penambahbaikan sistem dan reformasi institusi secara menyeluruh.
"Input NGO berkaitan salah tadbir dan salah laku dalam perkhidmatan awam, khususnya yang melibatkan agensi penguatkuasaan, membantu EAIC mengenal pasti langkah lebih berkesan dan realistik, termasuk usaha memperbaiki kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, beliau mempengerusikan sesi dialog Suara NGO Bersama Pengerusi EAIC mengenai Tadbir Urus dan Integriti di Putrajaya, yang dihadiri wakil NGO antaraya Pertubuhan Integriti dan Governans Malaysia, Malaysia Corruption Watch, Rasuah Busters, Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia dan Transparency International Malaysia.
Pada sesi dialog tersebut, wakil NGO berpandangan bahawa EAIC wajar terus diperkasakan sebagai benteng terakhir kepercayaan rakyat dalam memastikan akauntabiliti dan integriti agensi penguatkuasaan sentiasa dipelihara.
Mereka juga mencadangkan agar pendekatan hubungan kerajaan-masyarakat diperkukuh melalui konsep Open Government Relationship, termasuk pengiktirafan NGO yang berkelayakan sebagai rakan strategik kerajaan dalam agenda integriti dan pembaharuan tadbir urus.
Selain itu, NGO berkenaan turut membangkitkan cabaran pelaksanaan agenda integriti, antaranya tekanan dan agenda politik yang dikenal pasti boleh menjejaskan siasatan serta tindakan penguatkuasaan dan sistem pemberi maklumat yang gagal.
"Campur tangan politik dan kekangan terhadap kebebasan institusi turut dilihat melemahkan keberkesanan penguatkuasaan dalam memperkukuh integriti. Suara NGO akan terus menjadi rujukan penting kepada EAIC dalam menyokong agenda reformasi penguatkuasaan yang telus dan berintegriti.
"NGO merupakan pemberi maklumat penting dalam menyalurkan isu sebenar di lapangan, cabaran rakyat serta pengalaman yang mungkin tidak tercatat dalam data rasmi, termasuk salah laku dan ketirisan integriti dalam kalangan penguat kuasa," kata Ismail.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- EAIC akan terus bekerjasama dengan NGO untuk menangani salah tadbir dan menilai semula Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
- Kerjasama ini bertujuan memperkukuh pengawasan dan siasatan demi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi awam yang telus dan berintegriti.
- NGO menekankan perlunya EAIC diperkasakan sebagai benteng kepercayaan rakyat untuk memastikan akauntabiliti dan integriti agensi penguatkuasaan sentiasa terjaga.