MALAYSIA
EAIC siasat aduan terhadap JPJ Kuala Lumpur, cadang Surat Teguran
Hasil siasatan EAIC mendapati terdapat beberapa kenderaan yang didaftarkan atas nama pegawai JPJ Kuala Lumpur masih belum diisytiharkan lupus dalam HRMIS walaupun telah lama tidak berada dalam pemilikan mereka.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bertindak menjalankan siasatan selepas menerima aduan terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ Kuala Lumpur) berhubung beberapa nombor pendaftaran kenderaan.
Menurut EAIC dalam satu kenyataan, siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).
Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa kenderaan yang didaftarkan atas nama pegawai JPJ Kuala Lumpur masih belum diisytiharkan lupus dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), walaupun telah lama tidak berada dalam pemilikan mereka.
Perkara ini didapati melanggar subperaturan 10(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].
Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPJ dengan cadangan agar Surat Teguran dikeluarkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat.