MALAYSIA
EAIC syor SOP khusus penggunaan kamera badan oleh Jabatan Imigresen
Syor yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah Imigresen itu bertujuan memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta mengelakkan sebarang tohmahan daripada orang awam pada masa hadapan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesyorkan supaya diwujudkan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi tatacara pemakaian dan penyimpanan rakaman kamera badan oleh pegawai serta anggota Jabatan Imigresen yang menjalankan operasi penguatkuasaan.
Ringkasan AI
Menurut EAIC, syor yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah Imigresen itu bertujuan memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta mengelakkan sebarang tohmahan daripada orang awam pada masa hadapan.
"Pelaksanaan SOP ini penting bagi menjamin integriti dan akauntabiliti agensi penguatkuasaan selain meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap agensi," menurut kenyataan itu hari ini.
EAIC memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung dakwaan kekasaran oleh pegawai Imigresen Kuala Lumpur terhadap seorang individu semasa operasi penguatkuasaan pada 25 Jun tahun lepas.
Berikutan itu, siasatan dijalankan mengikut peruntukan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
Hasil siasatan mendapati rakaman kamera badan tidak dapat diperoleh kerana data hanya disimpan selama 30 hari, manakala rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut gagal diperoleh kerana peralatan tersebut telah dicabut sejurus selepas serbuan.
EAIC memaklumkan semua pegawai dan anggota Imigresen Kuala Lumpur yang terlibat dalam operasi terbabit telah memberi keterangan serta menafikan dakwaan kekasaran atau tindakan memukul individu berkenaan.
"Berdasarkan keterangan, individu yang membuat aduan tidak dapat mengecam atau mengenal pasti mana-mana pegawai atau anggota yang didakwa mengasarinya.
"Kertas siasatan polis yang dibuka berkaitan insiden ini diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- EAIC mengesyorkan supaya diwujudkan SOP khusus bagi pemakaian dan penyimpanan rakaman kamera badan oleh pegawai Imigresen bagi menjamin ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam operasi penguatkuasaan.
- Syor ini susulan siasatan terhadap aduan kekasaran semasa operasi Imigresen Kuala Lumpur pada 25 Jun tahun lepas, namun rakaman kamera badan dan CCTV gagal diperoleh kerana data telah luput dan peralatan dicabut selepas serbuan.
- Semua pegawai yang terlibat menafikan dakwaan kekasaran, manakala individu yang membuat aduan tidak dapat mengenal pasti pelaku, dan kertas siasatan polis diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut oleh Timbalan Pendakwa Raya.