MALAYSIA
EAIC syor tindakan tatatertib terhadap dua pegawai CKAPS KKM
Siasatan EAIC mendapati Pegawai CKAPS Putrajaya telah gagal untuk memberikan sebarang maklum balas terhadap permohonan pelepasan barang sitaan yang dikemukakan oleh pengadu.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mengesyorkan hukuman tatatertib dikenakan terhadap dua pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Kementerian Kesihatan (KKM) susulan kelemahan pengurusan maklum balas dan kelewatan melengkapkan kertas siasatan.
Menurut kenyataan EAIC, pihaknya menerima aduan berhubung pegawai CKAPS KKM Putrajaya dan Melaka yang didakwa tidak memberikan maklum balas terhadap permohonan pelepasan barang sitaan dan siasatan dijalankan berdasarkan peruntukan subseksyen 27(4), Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
"Siasatan mendapati Pegawai CKAPS Putrajaya telah gagal untuk memberikan sebarang maklum balas terhadap permohonan pelepasan barang sitaan yang dikemukakan oleh pengadu.
"Siasatan turut mengenal pasti kelewatan Pegawai Penyiasat CKAPS Melaka dalam melengkapkan kertas siasatan selaras dengan Prosedur Operasi Piawai (SOP) penyiasatan kes ke atas Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan," menurut kenyataan itu.
Kelewatan berkenaan telah menjejaskan kelancaran proses siasatan dan menyebabkan siasatan mengambil masa yang tidak munasabah untuk diselesaikan.
Sehubungan dengan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib CKAPS, KKM dengan syor supaya hukuman tatatertib dikenakan terhadap pegawai terlibat.
Syor hukuman itu mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], kerana kurang cekap atau kurang berusaha sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(e) peraturan yang sama.
-- BERNAMA