MALAYSIA
EAIC tubuh pasukan petugas khas siasat isu dokumentasi FAM-FIFA
Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan penubuhan pasukan berkenaan adalah selaras dengan subseksyen 17(1) Akta EAIC Penguatkuasaan 2009. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan dan pematuhan prosedur operasi standard dalam proses kewarganegaraan melibatkan tujuh pemain naturalisasi Malaysia yang dikaitkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta siasatan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).
Ringkasan AI
Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan penubuhan pasukan berkenaan adalah selaras dengan subseksyen 17(1) Akta EAIC Penguatkuasaan 2009.
"Berdasarkan keputusan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 11/2025 yang diadakan pada hari ini, mesyuarat telah memutuskan agar EAIC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aspek integriti, tadbir urus dan pematuhan prosedur yang berkaitan dalam pengurusan serta pengesahan dokumen pemain-pemain berkenaan," menurut kenyataan itu.
EAIC memaklumkan pasukan petugas khas itu akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi EAIC Datuk Prasad Sandosham Abraham bersama ahli-ahli suruhanjaya iaitu Datuk Siti Zainab Omar, Datuk Seri Yusof Ismail dan Datuk Ong Lam Kiat serta pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Operasi EAIC.
"EAIC memohon kerjasama penuh semua agensi dan pihak berkaitan sepanjang proses siasatan dijalankan memandangkan isu ini melibatkan kepentingan awam dan integritI negara di peringkat antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Semalam, Jawatankuasa Rayuan FIFA dilapor mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC).
Jawatankuasa Rayuan itu dalam kenyataan diterbitkan pada laman web rasmi FIFA mengesahkan bahawa ia telah menolak rayuan yang dibuat oleh FAM dan pemain - Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CFH350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000).
Ketujuh-tujuh pemain berkenaan turut digantung selama 12 bulan daripada aktiviti berkaitan bola sepak.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan dalam proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi Malaysia yang berkaitan dengan FAM dan siasatan FIFA.
- EAIC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aspek integriti, tadbir urus, dan pematuhan prosedur dalam pengurusan serta pengesahan dokumen pemain-pemain berkenaan.
- Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen serta menetapkan denda CFH350,000 kepada FAM dan CHF2,000 kepada setiap pemain, dengan pemain-pemain tersebut juga digantung selama 12 bulan dari aktiviti bola sepak.