Ebit Lew hadiahkan kereta kepada wanita jaga makcik OKU naiki roda tiga

Astro Awani
April 3, 2022 07:57 MYT
Ebit Lew mendukung wanita warga emas yang ditemui beliau di Kuala Terengganu hari ini. Pendakwah itu mengambil insiatif membantu wanita berkenaan dan anak saudaranya. - Gambar Facebook/Ebit Lew
SEBELUM ini tular di media sosial, video memaparkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) duduk di bahagian penumpang motosikal roda tiga sambil menahan panas terik mentari.
Turut kelihatan seorang lagi wanita yang membonceng motosikal itu di tengah bandar Kuala Terengganu.
Keperitan wanita yang menjaga makciknya dan terpaksa menaiki kerusi roda itu mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, Ebit berkongsi perjalanannya ke Terengganu usai solat Subuh pagi tadi semata-mata untuk berjumpa dua wanita cekal itu.
Menceritakan berita gembira di 1 Ramadan ini, Ebit memilih untuk meringankan derita dilalui mereka apabila menghadiahkan sebuah kereta yang dibeli secara tunai.
"Akak ini kuat kerja, jual aiskrim potong. Siapa nak beli aiskrim potong, beliau akan hantar dengan motor roda 3 ke mana-mana. Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.
"Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan 'sponsor' ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa.
"Sebelum ini sambung ijazah sarjana master tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang sakit," kongsi Ebit di Facebooknya.
#Ramadan #Ebit Lew #Wanita OKU #motor roda tiga