awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma Alya

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/02/2021
07:12 MYT
Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma Alya
Ebit Lew bergegas ke Tumpat, Kelantan selepas mendengar kisah mengenai Nurul Asma Alya Mohd Zainal yang memerlukan bantuan. - Gambar Facebook Ebit Lew
KUALA LUMPUR:Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan akan menaja sepenuhnya kos pengajian pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya Mohd Zainal bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perakaunan.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Ebit berkata, tajaan tersebut melibatkan lebih RM40,000 untuk tempoh pengajian selama dua tahun setengah termasuk penginapan.
“Tadi saya sudah hubungi universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April.
“Kami hadiahkan juga laptop dan router serta Wifi. Wifi oleh Digi (diberi) percuma selama setahun, dan beri sedikit duit sumbangan buat emak adik ini,” katanya dalam entri tersebut, pada Khamis.
Ebit turut memberikan sumbangan laptop kepada Nurul Asma
Ebit turut memberikan sumbangan laptop kepada Nurul Asma
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan hasrat Nurul Asma, 22, yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang perakaunan terpaksa dilupakan susulan kekangan kewangan.
Selain itu, bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) dengan kelulusan 3.95 CGPA itu turut mengalami masalah ketiadaan beras dan lauk di rumahnya.
BACA: Berdepan kekangan kewangan, pelajar cemerlang mohon bantuan untuk teruskan pengajian
Bercerita lebih lanjut, Ebit berkata, beliau berasa sedih selepas menemui keluarga berkenaan kerana mereka menangis dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.
Jelasnya, beliau bergegas ke Tumpat, Kelantan selepas mendengar kisah mengenai pelajar berkenaan.
“Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.
“Saya terbaca kisah adik ini pelajar MRSM Tumpat cemerlang.
“Hanya air mata dapat menggambarkan kesedihan seorang pelajar cemerlang di Kampung Banggol Petani, Wakaf Bharu kerana terpaksa melupakan cita-cita melanjutkan pengajian di peringkat ijazah perakaunan di luar negara,” katanya lagi.
Beliau dalam masa yang sama berharap Nurul Asma dapat mengecapi kejayaan dan berjaya membahagiakan keluarganya kelak.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#MARA
#Ebit Lew
#Kisah pelajar cemerlang Tumpat
#Nurul Asma Alya Mohd Zainal
#Bantuan Ebit Lew
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan